Wednesday, 20 August 2014

Ladang Ternakan di Kg Senawar

Hari ni nk kongsi skit lawatan aqu ke ladang ternakan di Kg. Senawar..ladang ni sebenarnya membe akak aqu pnya. Owner dia ni da lebih kurang 6 ke 7 tahun dalam bidang ternakan ni..kira expert jgk la..lembu2 dia smua de nama hehe..baka utk lembu2 ni kacukan KK + CROSS jd apa aqu pn xtaw..masih mentah lg..

Lokasi kandang mmg torbaikk..atas rezab sungai je..so bekalan air sgt la mudah. Lg 1 rumput2 pn senang tumbuh sbb bekalan air cukup..fuuhhh mmg jeles la tgk brader ni..

ok la xyah cite pnjang2 kita tgk gambar je sng..






Padang Ragut

Padang Ragut tepi sungai Perak..cntik pemandangan..

kawasan lembu2 minum..

Padang Ragut

owner tgh bagi makan petang

Wednesday, 13 August 2014

CARI TANAH UNTUK PENTERNAKAN LEMBU

 PENCARIAN



 Aqu menulis sbb nk kongsi serba sedikit pencarian untuk mencebur kan diri dalam bidang ternakan (pertanian) ni. Walaupon saat ni blm lg ada ladang ternakan, tp aqu rasa da mcm seorang penternak (perasan lebih). Masih lagi mencari lokasi yg sesuai. Pencarian hari ni da masuk bulan ke-8 dr mula2 aqu terdetik idea nk ceburi bidang ni. Hati masih cekal walaupon kadang kala rase nk 'give-up' je sbb tak jumpa2 lg lokasi yg sesuai..biasa la jiwa muda semua benda taw nk cepat je..tp aqu percaya semua ni ada hikmahnya..sesungguhnya PERANCANGAN ALLAH S.W.T. itu lebih baik dan aqu hanya perlu berusaha mencari saja.


Hari ni sejak dari mula da hampir 20 lebih tmpt yg aqu survey untuk aqu run bisnes ni..tp 1 pn xde yg berkenan. Merata rata da aqu pusing daerah Kuala Kangsar ni..dari Manong smpi la ke Kati..dari tepi jalan smpi la ke tengah2 hutan pn aqu redah. Ada yg harga murah tp geran x settle2 lg tukar nama..ada pula yg harga mahal GILE xsesuai dgn keadaan tanah..haihh pening2. Semuanya xsesuai lagi bg aqu..sbbnya aqu ni memang cerewet sikit. Lokasi tapak perlulah ada sumber air dan access untuk transport mesti la mudah supaya kerja dapat berjalan dengan lancar. Aqu rase semua orang pn msti fikirkan benda yg sama betul tak?


Kat sini aqu nk kongsi skit dengan korang tapak2 yg aqu da survey...




Lokasi Kati

Lokasi di Kati

Lokasi ni aqu tolak bulat-bulat sebab owner tanah 'kencing' aqu..kata kawasan dkt dgn pekan..tanah flat..tp bila smpi..tuudiaa jauh ke dalam pastu berbukit lak tu..phuuii.Sabar jela dengan brader ni..apa salahnya cakap terus terang. Bukannya ko tipu aqu..aqu trus jd nk beli..apedaa ini mcm org pn ada ka?ayoyoo.. 




Lokasi Manong



Lokasi Manong

 Tanah ni cun melecun..dekat dengan rumah orang tak la takut sgt kalau duk sorang2 kt sini..lgpon jalan utama cuma 150m je..harga plak murah gila tapi sayang cik salmah ada masalah plak dari segi geran..biasa la geran lama ni dorang tak tukar nama..so masalah plak haihhh tak mahu aqu kalau geran ada masalah ni..kang tengah2 syok berkebun kne halau plak.

Dan ada beberapa lagi lokasi tanah yg aqu akan upload lg insyaallah kalau aqu igt..hahaha 








PENGENALAN

Assalamualaikum..hari nie first day aqu tulis blog..maaf la kalau cite xbest..haha..Aqu cuma seorang salesman je sekarang ni..tp jiwa aqu memang 200% kat bidang pertanian ni khususnya PENTERNAKAN LEMBU. Aqu memang minat bab2 jaga binatang dan tanaman ni dr kecik lg..tp memandangkan dulu aqu duk kt Kuala Lumpur payah nk jumpa 'bende2' mcm ni kt sana. Sekarang aqu da follow parent aqu balik ke kampung halaman dorang di Kuala Kangsar, Perak, so peluang aqu nk mendalami lagi bab minat aqu ni lebih mudah sebab di sini masyarakat kebanyakannya bekerja sendiri@berkebun dan ada juga yg menternak secara kecilan.


Aqu memandang pertanian ni adalah perniagaan, yg penting cara kita yg menggelolakan sebuah perniagaan itu betul atau sebaliknya. Kurangnya research bab produk yg hendak diniagakan dan tidak membuat plan perniagaan yg betul juga salah 1 faktor kegagalan dalam sesebuah perniagaan. Nampak mcm 'simple' je kan? tapi ni la sebenarnya step paling penting skali yg usahawan perlu titik beratkan selain dari MODAL. Apa guna modal berjuta tp xtaw apa produk yg berdaya maju utk diniagakan? dan run bisnes tp xtaw untung rugi produk yg dijual? main 'bedal' je jual..last2 produk yg dijual tak laku..memang melopong la kau jah..ok la xmo cita bnyk2 kt ruang pengenalan ni..kita sambung kt bab baru.